Search This Blog

Sunday, 11 December 2016

Prudential @ Launching Today "Seminar Permudah Urus Harta Pusaka" !


SEMINAR PERMUDAH URUS HARTA PUSAKA 
OLEH
USTAZ AMI ZUBAIRI
(MOTIVATOR TAKAFUL)

Sedikit Maklumat HIBAH Untuk Semua 


Ada orang bertanya mengenai hibah bersyarat.

Hibah sebenarnya ada 3:

1) Hibah Mutlak

- Hibah tanpa sebarang syarat.
- juga dikenali sebagai 'al-hibah al-munjizah'



Kesannya
- harta akan berpindah milik kepada penerima hibah serta-merta
- Hak penerima kekal & tiada tempoh
- Pemberi hilang hak dan tidak lagi menerima manfaat dari harta tersebut.
Macam pejabat tanah 14A transfer/ pindah milik.

Jika penerima meninggal dunia harta itu menjadi harta pusaka dia.

Tuan Ami Zubairi | Motivator Takaful | 019 377 8442 | Penceramah Takaful | Ustaz Takaful

Tuan Ami Zubairi | Motivator Takaful | 019 377 8442 | Penceramah Takaful | Ustaz Takaful
2) Hibah dengan balasan
Walaupun hibah dibuat secara sukarela, namun tidak salah untuk penerima hibah malah digalakkan penerima hibah membalas pemberian tersebut.
Daripada Aishah r.a.h telah berkata,
"Nabi s.a.w. sering menerima hadiah dan membalasnya."
Esok inshaAllah kita sambung dengan hibah yang ketiga - Hibah bersyarat






3) Hibah Bersyarat terdapat 2 iaitu:
a) Hibah Umra
b) Hibah Rugba
Tuan Ami Zubairi | Motivator Takaful | 019 377 8442 | Penceramah Takaful | Ustaz Takaful

a) Hibah Umra



Hibah Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah.

Hibah umra adalah pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah.

Sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada pemberi hibah.
Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah.

Contoh lafaz hibah Umra adalah seperti pemberi hibah berkata: “rumah ini aku berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka rumah itu kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati”.


b) Hibah Ruqba
Hibah Ruqba pula ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup.
Hibah Ruqba adalah pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia.

Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Contoh lafaz hibah ruqba adalah seperti pemberi berkata: 
“Rumah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk kamu”.

Ada perbezaan pandangan di kalangan ulama tentang hibah umra dan hibah ruqba.

Mazhab yang mengatakan hibah ‘umra dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah dengan berpandukan kepada hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara ‘umra atau ruqba”. (Riwayat Muslim) Sahih Muslim, kitab al-hibat, hadis no. 4202.
Mazhab yang mengharuskan hibah ‘umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan hadis:
Maksudnya: “(Hibah) ‘umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka”. Sunan Abi Daud, bab man qala fihi wa li.aqibihi, hadis no. 3556.


Kesimpulannya:

Hibah bersyarat yang hendak dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan dasar syarak dan terpelihara daripada unsur haram.

Di Malaysia ini contoh hibah bersyarat digunapakai untuk Hibah Takaful.

Pada pendapat saya Hibah Bersyarat ini mustahak untuk memberi solusi pada masalah masa kini.

Topik ini masih panjang lagi. 
Cukup setakat ini.
Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Sebarang salah dan silap adalah dari pihak saya.
Tuan Ami Zubairi | Motivator Takaful | 019 377 8442 | Penceramah Takaful | Ustaz Takaful
Credit For Umi Khlsom

No comments:

Post a Comment