Search This Blog

Wednesday, 6 May 2015

SabarTN @ "Harum Manis" oh Harum Manis




Jom kenali Harum Manis










Sebut sahaja Negeri Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harumanis, sejenis mangga / mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis. 












Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yangenak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.
Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.












Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.






antara kegemaran "penggila" harummanis ialah makan bersama pulut









SABAR TN :: HARUM MANIS PERLIS

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SELURUH MALAYSIA

HARGA : RM30 /KG
POS : RM10 /KG
1KG : 2-3 BIJI

HUBUNGI ZUBAIRI O19 3778442













No comments:

Post a Comment